Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pandang Pertama HTC One M9+ – Spesifikasi Premium Pada Harga Lebih Mampu Milik

HTC One M9+ dilancarkan di Malaysia April lalu pada harga RM 2599. Harga yang premium ini melangkaui kemampuan kebanyakan pengguna peranti pintar di Malaysia. Ia adalah peranti yang paling berkuasa di pasaran kerana menggunakan pemproses Mediatek X10 Helio lapan teras. Menyedari ada pengguna yang mahukan peranti berkuasa tetapi pada harga yang lebih mampu milik, HTC One E9+ dilancarkan di Malaysia semalam. Kami menghabiskan masa selama beberapa minit dengan peranti ini dan ini adalah pandang pertama kami mengenainya.

Rekaan

HTC One E9+
Pemproses 2.0 x 8 MediaTek Helio X10
Skrin 5.5″ QHD SLCD3 (534 ppi)
RAM 3 Gigabyte
Muatan Dalaman 32 Gigabyte (MikroSD sehingga 2 TB)
Kamera Utama 20 Megapixel f/2.2
Kamera Depan 4 Ultrapixel f/2.0
Bateri 2800 mAh
SIM/Telefoni Dwi NanoSIM / 4G
Harga Jualan RM 1899

Perubahan pertama HTC One E9+ berbanding HTC One M9+ ialah dari segi skrin. Ianya lebih besar dengan 5.5″ tetapi mengekalkan resolusi QHD. Skrin masih lagi dari keluarga SLCD3 yang digunakan pada peranti utama keluaran HTC. Pemproses diturunkan sedikit dari 2.2 GHz ke 2.0 GHz lapan teras MediaTek Helio X10. RAM adalah sebesar 3 Gigabyte dengan muatan dalaman pula sebesar 32 Gigabyte (Sokongan MikroSD sehingga 2 Terabyte).

Kemampuan optik pula ialah 20 Megapixel. Tidak seperti HTC One M9+, sokongan Duo Camera tidak disertakan begitu juga dengan flash dua tona. Pada bahagian hadapan kamera 4 Ultrapixel digunakan bagi memberikan kemampuan selfie yang lebih tajam terutamanya di dalam keadaan pencahayaan yang rendah.

Bagi mengurangkan harga E9+, bahan binaan peranti ini diperbuat daripada bahan plastik. Keseluruhan panel belakang diperbuat daripada bahan ini dan bukannya aluminium seperti M9+. Sungguhpun begitu kami merasakan peranti masih selepas dipegang kerana mengekalkan rekaan belakang melengkung. Sebuah lagi perubahan yang dilakukan ialah tiada lagi pengimbas cap jari pada dagu peranti. Dengan ketiadaan pengimbas jari, bahagian panel hadapan E9+ lebih menghampiri HTC One M9, M8, M7 dan Max. Secara peribadi kami merasakan rekaan tanpa pengimbas cap jari ini lebih cantik dan simetri kerana kekisi pembesar suara Boomsound tidak terbahagi di bahagian bawah.

Becakap tentang pembesar suara Boomsound, pembesar suara stereo ini masih lagi menjadi penanda aras kualiti audio peranti mudah alih. Sejak One M7 lagi kami tidak merasakan ada pengeluar lain yang berjaya menghasilkan sistem audio stereo hadapan sebaik HTC. Sistem Boomsound HTC One E9+ menyokong sistem Dolby Audio Surround.

GTC One E9+M2420037

GTC One E9+M2420019 GTC One E9+M2420022

Antaramuka Sense 7

Android 5.0.2 dengan antaramuka HTC Sense 7 digunakan pada One M9+. Ini bermakna kesemua fungsi yang ada pada One M9+ seperti Blinkfeed dan kustomasi aplikasi mengikut lokasi ada pada E9+

Antara fungsi Sense 7 yang kami gemar ialah kustomasi butang navigasi. Kedudukan butang-butang naviasi boleh diubah suai mengikut kehendak pengguna. Mahu butang multi tasking pada sebelah kanan? Ubah sahaja. Sebanyak empat butang boleh diletakkan pada talam navigasi di bahagian bawah skrin peranti.

Sense Home Widget pula membolehkan anda mengumpulkan aplikasi tertentu di dalam folder khas yang berubah mengikut lokasi anda. Sebagai contoh ketika di rumah ia akan memaparkan aplikasi yang anda gunakan hanya ketika di rumah. Apabila ana di tempah kerja, peranti akan secara automatik mengubah pintasan pantas kepada aplikasi yang hanya anda gunakan di tempat kerja.

HTC-One-M9+-screen1

HTC-One-M9+-screen-2  HTC-One-M9+-screen3

Fungsi tema juga wujud kali ini. Beberapa tema sedia ada boleh dimuat turun dengan set ikon tersendiri. Anda juga boleh memilih skema warna tersendiri berdasarkan latak belakang skrin yang anda pilih. Kesemuanya dilakukan sendiri oleh Sense 7 dengan beberapa input dari pengguna. Terdapat puluhan tema yang boleh dimuat turun oleh anda dari aplikasi My Themes.

Secara keseluruhan antaramuka Sense 7 memberikan pelbagai fungsi yang mempermudahkan tugasan harian pengguna dan pada masa yang sama mengekalkan rekaan minimalis yang telah mereka gunakan sejak One M7. Antaramuka Sense 7 adalah salah satu antaramuka yang direka dengan baik dan mudah digunakan di luar sana.

 

Kamera

Kamera utama 20 Megapixel digunakan pada bahagian belakang dan kamera 4 Ultrapixel digunakan pada bahagian hadapan. Tiada sokongan Duo Camera pada E9+ tetapi ia masih mampu mengambil video pada resolusi 4K. Sensor yang digunakan pada M9+ digunakan semula pada E9+. Aneh sekali lensa kamera hadapan adalah lebih baik dengan nilai f/2.0 berbanding f/2.2 pada bahagian belakang. Kemampuan video pula ialah rakaman 4K 30FPS pada kamera utama dan 1080P 30FPS pada kamera hadapan. Selain mod 4K kamera utama juga turut boleh merakam video secara gerak perlahan.

Antaramuka aplikasi kamera adalah minimalis. Fungsi asas yang terpasang hanyalah selfie, mengambil gambar, merakam video dan panorama. Pratetapan tambahan boleh dimuat turun sekiranya perlu. Tidak seperti aplikasi kamera Samsung dan Sony, jumlah pratetapan yang ditawarkan oleh HTC adalah lebih kecil.

Menggunakan aplikasi kamera adalah mudah kerana kesemua butang kawalan terpapar pada skrin. Sejak Sense 7 butang kawalan video dan kamera dipaparkan serentak. Sebelum ini jika anda mahu merakam video anda perlu menekan butang mod dan memilih rakaman video terlebih dahulu. Perubahan yang dilakukan menjadikan proses mengambil video dan gambar jauh lebih mesra pengguna.

HTC-One-M9+-screen-camera

Kesimpulan

HTC One E9+ adalah sebuah M9+ dengan bahan binaan plastik dan harga yang lebih mampu milik. Ia mengekalkan kesemua fungsi peranti utama HTC ini dan pada waktu yang sama menambah saiz paparan skrin. Kehilangan pengimbas cap jari dan Duo Camera pada hemat kami bukanlah kehilangan yang besar kerana ia bukanlah dua fungsi yang diperlukan kebanyakan pengguna. Rupa panel hadapan E9+ lebih menarik dan simetri dengan ketiadaan pengimbas cap jari.

Perubahan bahan binaan tubuh dari aluminium kepada plastik juga sebenarnya tidak membawa kesan yang buruk. Panel belakang masih lagi melengkung dan menjadikannya selesa dipegang di dalam tangan. Ianya juga lebih ringan. Dari segi perisian dan antaramuka pula E9+ berfungsi sebaik M9+. Pengurangan kepantasan pemproses dari 2.2 GHz lapan teras ke  2.0 GHz lapan teras tidak kami sedari. HTC One E9+ berfungsi sepantas saudaranya yang lebih berkuasa dan premium.

Pada harga RM 1899 ianya jatuh ke dalam kategori peranti yang agak mahal. Sungguhpun begitu ia adalah RM700 lebih murah berbanding M9+ yang mempunyai skrin lebih kecil. Pesaing utama E9+ adalah Motorola Moto X Style dan One Plus 2 yang mempunyai spesifikasi lebih baik dengan harga yang setanding. Nantikan ulasan penuh HTC One E9+ daripada kami di masa hadapan.

HTC One E9+IMG_20150730_140542



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pandang Pertama HTC One M9+ – Spesifikasi Premium Pada Harga Lebih Mampu Milik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info