Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MWC Shanghai 2015: Botol Air Pintar Vita Oaxis

Setiap hari kita dinasihatkan supaya minum lebih dari 8 gelas air bagi menjamin kesihatan tubuh badan. Namun berapa ramaikah diantara kita yang mengikuti nasihat tersebut? Di Mobile World Congress, Oaxis yang pada bulan Februari lalu telah menampilkan gelang tangan pintar bagi mengubah tabiat anda iaitu Star21 di Barcelona, kini mempamerkan ciptaan terbaru mereka iaitu botol air pintar Vita di Shanghai.

Botol air pintar Vita ini mempunyai beberapa fungsi pintar dalam membantu pengguna menyukat kadar hidrasi pada badan. Kadar hidrasi setiap manusia berbeza mengikut personaliti dan fizikal mereka tersendiri, dan botol yang berhubung secara Bluetooth ini mampu membantu pengguna dalam memberikan maklumat dan mencadangkan waktu minum.

MWCS15- Oaxis Vita-IMG_1309

Dari segi spesifikasi, botol ini dilengkapi cip pemprosesan ARM, sensor suhu, Accelerometer, serta sensor Total Dissolve Solid bagi mengesan bendasing jika hadir didalam air. Botol ini boleh menyimpan air sehingga 600ml, dan dibahagian bawahnya terdapat tiga paparan LCD bagi memaparkan maklumat suhu, tahap hidrasi pengguna, dan juga jumlah air. Botol ini juga dilengkapi Bluetooth Low Energy bagi menghantar maklumat kepada telefon pintar dan boleh menyimpan data hidrasi pengguna sehingga 7 hari.

Menggunakan botol air pintar ini, pengguna perlu menggunakan aplikasi pintar dari Oaxis, dan data hidrasi akan dimasukkan didalam maklumat kecergasan pengguna. Setelah memasukkan data yang berkaitan, maklumat mengenai tahap hidrasi pengguna akan dipaparkan pada paparan LCD pada botol tersebut. Tahap maksimum hidrasi pengguna adalah 99v dan sekiranya tahap ini rendah, pengguna akan dicadangkan untuk minum air supaya tahap hidrasi dapat dikekalkan. Pengesan suhu juga memberikan maklumat sama ada suhu air tersebut bagus diminum atau sebaliknya.

MWCS15- Oaxis Vita-IMG_1320

Botol yang mempunyai sensor Total Dissolve Solid (TDS) ini juga dapat mengesan bendasing dan juga tahap kebersihan air. Jika pengguna memasukkan air mineral, nilai TDS dalam julat 10 ~ 60 akan dipaparkan pada aplikasi di telefon pintar. Manakala jika air paip yang diisi didalam botol ini, nilai TDS dalam julat 100 ~ 300 akan dipaparkan dan aplikasi ini akan memberikan amaran sekiranya air tersebut tidak selamat untuk diminum jika tercemar.

Buat masa ini peranti ini belum lagi hadir ke pasaran dan Oaxis sedang mengumpulkan dana umum untuk kesemua peranti kesihatan mereka melalui platform Pozible. Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak USD 61,862 telah dikumpulkan, melebihi sasaran mereka USD 16,126. Sekiranya anda seorang yang bergiat aktif dan memerlukan pemantauan dari segi tahap hidrasi badan anda, botol air pintar Vita dari Oaxis ini



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MWC Shanghai 2015: Botol Air Pintar Vita Oaxis"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info