Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Meizu Memperkenalkan Variasi M2 Note Bersaiz Kecil – Dinamakan Meizu M2

Meizu di Malaysia sendiri telah mula menawarkan Meizu M2 Note – iaitu salah satu telefon pintar terbaru mereka pada harga mampu milik dan spesifikasi pertengahan. Kini, selain daripadanya, pengeluar peranti dari China ini turut hadir dengan satu lagi telefon baru dengan nama lebih kurang sama, iaitu Meizu M2.

Meizu M2

Meizu M2 membawakan saiz yang sedikit kecil berbanding Meizu M2 Note, dan pada masa yang sama harga yang lebih rendah.

Meizu M2 menggunakan skrin pada pada saiz 5-inci IPS LCD dengan resolusi 1280×720 pixel, dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6735 1.3Ghz empat-teras, dan memori sebanyak 2GB RAM.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel F/2.2, serta kamera selfie hadapan 5-megapixel. Ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2500mAh.

Meizu M2 ini menjalankan sistem operasi Android 5.1, tetapi hadir dengan antaramuka khusus dinamakan sebagai Flyme 4.5. Peranti dengan sokongan dwi-SIM LTE ini hadir dengan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD. Tetapi ia menggunakan bentuk hibrid, dimana pengguna boleh menggunakan antara SIM kedua ataupun kad mikro-SD sahaja.

Meizu M2 dijual pada harga 699 Yuan di China dan hadir dalam beberapa pilihan warna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Meizu Memperkenalkan Variasi M2 Note Bersaiz Kecil – Dinamakan Meizu M2"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info