Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LINE Hadir Dengan Aplikasi LINE Lite Untuk Negara Membangun – Bersaiz Lebih Kecil Dan Ringan

Kebanyakkan pengguna di negara-negara membangun menggunakan peranti berspesifikasi rendah, dan ini membuatkan beberapa pembangun mengoptimasikan perkhidmatan mereka untuknya. Sebelum ini, Facebook telah hadir dengan Facebook Lite, dan hari ini, LINE mengikut jejak sama dengan memperkenalkan LINE Lite.

LINE Lite ini merupakan aplikasi permesejan versi ringan yang ditawarkan oleh LINE untuk negara-negara membangun. Ia bersaiz kurang daripada 1MB, dan menggunakan akses data yang lebih rendah untuk beroperasi.

LINE Lite

Walaupun bersaiz kecil, ia masih mengekalkan beberapa fungsi asas, termasuk sokongan penghantaran teks, sticker, dan sebagainya. Buat masa ini, fungsi panggilan video dan audio tidak disertakan pada LINE Lite, tetapi dikatakan akan ditambah tidak lama lagi. Pengguna LINE sedia ada boleh terus menggunakan aplikasi LINE Lite ini dengan akaun yang sama.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan dibeberapa buah negara sahaja buat masa ini, seperti di India, Arab Saudi dan sebagainya. Malaysia masih lagi tidak disokong buat masa ini, tetapi LINE mengatakan mereka akan menambah sokongan untuk beberapa negara lain secara berperingkat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LINE Hadir Dengan Aplikasi LINE Lite Untuk Negara Membangun – Bersaiz Lebih Kecil Dan Ringan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info