Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lebih 14 Juta Peranti Kini Menggunakan Windows 10 – 24 Jam Selepas Pelancaran Rasmi

Microsoft telah melancarkan Windows 10 secara rasminya bermula 29 Julai, iaitu beberapa hari lepas, dan kini Microsoft berkongsi beberapa perkara berkaitan pelancarannya, termasuk angka penggunaan peranti semasa menjalankan Windows 10.

Untuk pelancaran sahaja, Microsoft telah mengadakan acara pelancaran di beberapa negara, termasuk paling berdekatan dengan kita di Singapura.

Windows 10 diperkenalkan dengan kemaskini secara berperingkat, dan pengguna akan dipaparkan dengan notifikasi apabila pemasangan untuk komputer mereka tersedia. Microsoft mengatakan dalam tempoh 24 jam sahaja, sebanyak lebih 14 juta peranti telah mula menggunakan Windows 10.

Windows 10 membawakan pelbagai fungsi baru berdasarkan input daripada pengguna untuk Windows 8 lepas. Ia kini menyertakan sokongan menu Start, kebolehan menjalankan aplikasi moden pada desktop, pelayar web baru dinamakan Edge, dan beberapa perkara lain.

Anda boleh menyemak status kemaskini komputer anda dengan menekan ikon Windows pada taskbar di Windows 7 atau Windows 8.1, ataupun sebaliknya menggunakan sebuah aplikasi khas yang disediakan Microsoft untuk menaik-taraf komputer anda hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lebih 14 Juta Peranti Kini Menggunakan Windows 10 – 24 Jam Selepas Pelancaran Rasmi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info