Kemampuan mengambil gambar selfie yang baik pada peranti pintar kini dipandang serius. Sudah ada beberapa peranti seperti Asus Zenfone Selfie dan HTC Desire Eye yang memfokuskan kemampuan mengambil selfie sehingga dilengkapi flash pada bahagian hadapan. Pengeluar lain pula mengeluarkan aksesori lampu seperti Lenovo Vibe Xtension Selfie Flash. Tetapi masih ada merasakan cahaya yang dihasilkan sistem lampu ini masih belum memadai untuk menghasilkan gambar selfie berkualiti.
Oleh itu anda mungkin boleh mencuba Kira Ring. Ianya lampu LED berbentuk bulat berdiameter 9 sentimeter yang dipasang pada tubuh peranti. Ia diperkasakan dua bateri AAA untuk berfungsi. Tahap keterangan lampu boleh diubah mengikut kehendak pengguna apabila diperlukan. Kira Ring masih mengumpulkan dana untuk penghasilan secara komersial dan hanya untuk pasaran Jepun setakat ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kira Ring – Lampu Selfie Untuk Pencahayaan Lebih Profesional"