Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC One E9+ Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM1899

HTC telah melancarkan HTC One M9+ di Malaysia sebelum ini, dan hari ini, salah satu variasi peranti berkenaan dengan beberapa perubahan – terutamanya dari rekabentuk, iaitu HTC One E9+ turut dilancarkan di Malaysia. HTC One E9+ dijual pada harga RM1899 di pasaran tempatan.

Dari segi penawaran, HTC One E9+ ini menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan resolusi 2K WQHD. Selain daripada itu, berbeza sedikit dengan HTC One M9+, versi keluarga peranti E9+ ini menggunakan rekaan kerangka berasaskan polikarbonat. Ini membolehkan pihak HTC mngurangkan sedikit harga kosnya, serta menawarkan beberapa ciri-ciri premium pada harga rendah.

HTC One E9+

HTC One E9+

Dari segi spesifikasi lain, One E9+ dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek HelioX10 64bit 2.2Ghz, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan sehingga 2TB menggunakan kad mikro-SD. Bagi tujuan rakaman gambar, HTC One E9+ dilengkapi dengan kamera belakang 20-megapixel dengan lensa f/2.2 serta menyokong rakaman video 4K. Bagi rakaman hadapan pula, HTC mengekalkan penggunaan lensa HTC Ultrapixel.

Peranti dengan sokongan dwi-SIM ini turut dilengkapi HTC Sense terkini yang membawakan beberapa ciri-ciri pintar, termasuk sebuah widget khas, HTC Blinkfeed yang dikemaskini serta sokongan tema untuk mengubah pengalaman penggunaan peranti. Fungsi HTC BoomSound turut disertakan untuk penawaran audio yang baik menggunakannya.

HTC One E9+ ini ditawarkan di Malaysia bermula hari ini dan ia boleh didapati pada harga RM1899.

HTC One E9+

HTC One E9+



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC One E9+ Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM1899"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info