Kini ketika membeli peranti, selain daripada spesifikasi, salah satu perkara yang turut diberikan perhatian oleh pengguna adalah sokongan kemaskini perisian untuknya. Dalam usaha untuknya, ramai pengeluar berlumba menawarkan kemaskini, tidak kira untuk peranti berspesifikasi rendah atau sebaliknya.
Terkini, pihak Honor Malaysia telah membuka pendaftaran minat bagi mereka yang ingin mencuba Android 5.1 dan EMUI 3.1 pada Honor 4X dan juga Honor 4C terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan kepada umum dalam bentuk OTA. Untuk makluman, versi beta ini biasanya tidak stabil sepenuhnya dan mungkin terdapat beberapa masalah yang masih belum dikenal-pasti.
Bagi anda, jika anda menggunakan Honor 4C ataupun Honor 4X, anda boleh mendaftarkan minat pada halaman VMall hari ini, dan mendapatkan perisian berkenaan sebaik sahaja ia tersedia – dan mencuba antaramuka baru serta pelbagai fungsi baru yang hadir terlebih dahulu berbanding pengguna umum yang lain.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor Malaysia Memulakan Pendaftaran Ujian Beta Android 5.1 Untuk Honor 4C dan Honor 4X"