Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 4A Diperkenalkan Di China – Menyertakan Memori 2GB RAM, Cip Snapdragon 210, Dan Android 5.1

Huawei sebelum ini telah memperkenalkan Honor 4X dan juga Honor 4C. Terkini, mereka turut menambah satu lagi peranti mampu milik dibawah keluarga Honor dengan pengenalan Honor 4A.

Honor 4A membawakan skrin bersaiz 5-inci yang mana telah menjadi trend pelbagai pengeluar pada hari ini. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan berspesifikasi rendah, iaitu Snapdragon 210 1.1Ghz, dilengkapi dengan memori 2GB RAM, serta dilengkapi ruangan storan 8GB. Telefon pintar ini turut membawakan sokongan dwi-SIM serta bateri berkapasiti 2200mAh.

Honor 4A

Honor 4A

Untuk tujuan rakaman, Huawei menyertakan kamera belakang 8-megapixel pada Honor 4A ini, serta kamera selfie 2-megapixel.

Honor 4A ini dilihat memfokuskan kepada pasaran peranti berspesifikasi rendah, tetapi pada masa yang sama membawakan penggunaan Android terkini – iaitu Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka EMUI 3.1.

Di China, Honor 4A ini dijual pada harga 599 Yuan (~RM365) untuk versi 3G, sementara versi LTE pula pada harga 699 Yuan (~RM426).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 4A Diperkenalkan Di China – Menyertakan Memori 2GB RAM, Cip Snapdragon 210, Dan Android 5.1"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info