Pada bulan Mei yang lepas, ketika acara Google I/O, pihak Google telah memperkenalkan aplikasi baru mereka dinamakan Google Photos untuk memudahkan pengguna menguruskan gambar dan video mereka pada pelbagai peranti. Kini, lanjutan daripadanya, untuk melengkapkan transasi ke perkhidmatan baru, Google turut mengumumkan akan menamatkan Google+ Photos bermula bulan Ogos 2015 ini.
Proses transasi ini merupakan sebahagian daripada langkah Google dalam mengasingkan bahagian pengurusan gambar daripada laman sosial mereka – Google+. Sebelum ini, Google+ Photos diintegrasikan ke laman sosial mereka, dan ia telah mula diasingkan sebelum ini.
Dengan peralihan ini, Google+ Photos akan dihentikan bermula daripada untuk pengguna Android, dan seterusnya untuk iOS dan juga web.
Untuk makluman, bagi pengguna biasa, ia bukanlah suatu masalah yang besar memandangkan pelbagai fungsi Google+ Photos telah pun hadir pada aplikasi Google Photos yang baru, dan perkara ini sedia dijangka sejak pengenalan aplikasi berkenaan. Semua gambar sedia ada akan disimpan dan dialihkan ke perkhidmatan baru secara automatik – serta membawakan ruangan storan tanpa had melaluinya.
Bagi anda yang masih belum menggunakan aplikasi Google Photos, mungkin boleh memuat-turunnya hari ini, dan mencuba ia sendiri dalam memudahkan pengurusan gambar anda.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google+ Photos Akan Ditamatkan Pada Ogos – Beralih Sepenuhnya Ke Google Photos"