Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Maps Melancarkan Fungsi Timeline – Memperlihatkan Lokasi Dan Perjalanan Yang Dilalui Setiap Hari

Google Maps melalui kemaskini terbaru untuk Android dan desktop, telah memperkenalkan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai “Your Timeline”. Seperti pada namanya, ia memperlihatkan garis perjalanan anda pada sesuatu hari dan menunjukkan kemana anda pergi dan pada pukul berapa.

Google Maps menggunakan sokongan integrasi geolokasi pada telefon pintar untuk tujuan tersebut, malah ada beberapa lokasi yang mungkin anda singgah turut dicadangkan pada bahagian Timeline tersebut.

Google Maps Timeline

Ia boleh dikatakan salah satu fungsi yang menarik untuk memantau dan melihat kemana anda pergi sesuatu hari. Google juga turut mengumpulkan data dari Google Photos, dan menyertakan gambar dari sesuatu lokasi terus pada Timeline untuk memberikan gambaran lebih jelas.

Bagi anda yang risau akan berkenaan privasi, Google mengatakan fungsi ini hanya akan diperlihatkan kepada mata pengguna sahaja, dan orang lain tidak boleh melihatnya.

Fungsi ini telah tersedia melalui kemaskini terbaru aplikasi Android yang diperkenalkan secara berperingkat, selain turut boleh diakses melalui desktop.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Maps Melancarkan Fungsi Timeline – Memperlihatkan Lokasi Dan Perjalanan Yang Dilalui Setiap Hari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info