ELAK PAMER BAHAGIA - LINDA HASHIM TAK MAHU PEMINAT MELUAT
"Saya memang jarang berkongsi gambar-gambar anak saya, Jelita dan gambar mesra bersama suami di laman sosial.
"Bukan apa, saya tidak mahu orang meluat dan bosan, saya hanya akan muat naik kalau ramai peminat yang bertanya tentang Jelita dan ingin melihat perkembangannya," ujar Linda Hashim dipetik sebagai berkata.
Tambah Linda, dia memang tidak gemar berkongsi segala aktiviti yang memaparkan kebahagian keluarganya terutamanya di Instagram.
Tujuannya berbuat demikian adalah bagi mengelakkan rasa kurang senang segelintir pihak.
Untuk rekod, Linda berkahwin dengan Beego ( Mohd Aszerul Nizam Abdullah), 35, pada 8 Jun 2013 dan telah dikurniakan cahaya mata bernama Jelita Clarissa.
Perkembangan terkini mengenai Linda, dia kini hamil tiga bulan dan sedang membuat persiapan bagi menyambut kelahiran bayi keduanya lebih awal.
Menurut pelakon itu, sebelum ini separuh barang-barang kepunyaan anak sulungnya itu telah didermakan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Klik gambar untuk size besar
<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ELAK PAMER BAHAGIA - LINDA HASHIM TAK MAHU PEMINAT MELUAT"