Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Antaramuka Projek Android Concept Sony Lebih Menghampiri Android Vanilla

Sebelum ini ada kami laporkan Sony akan menjalankan projek Android Concept mereka di Sweden. Sebanyak 500 pengguna Xperia Z3 terpilih akan dibenarkan menguji antaramuka baru untuk digunakan pada peranti Xperia di masa hadapan. Projek ini akan berlangsung dari 27 Julai sehingga 13 September dan akan mengumpul maklum balas pengguna tentang hala tuju rekaan antaramuka mereka. Hari ini kami mengetahui bahawa projek Android Concept ini akan lebih menyerupai Android Vanilla.

Tiga ikon butang navigasi tidak diubah dan begitu juga dengan ikon aplikasi. Sony hanya akan menyertakan perkhidmatan mereka dalam bentuk aplikasi khas dan bukannya terbina seperti yang dilakukan sekarang. Dua paparan skrin di bawah ialah imej terkini yang diberikan oleh pihak Sony mengenai projek Android Concept. Sebagai peminat tegar siri Sony Xperia dan Android Vanilla, hala tuju Android Concept ini sangat mengujakan. Tiada lagi masalah aplikasi gendut, kemas kini Android yang mungkin lebih pantas dan antaramuka lebih minimalis adalah kombinasi hebat yang mungkin akhirnya dapat menyelamatkan Sony Mobile dari terus mengalami kerugian.

Sony-Android-Concept-1

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Antaramuka Projek Android Concept Sony Lebih Menghampiri Android Vanilla"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info