Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Angry Birds 2 Sedia Di Muat-Turun Oleh Pengguna Android

Angry Birds telah dilancarkan secara rasminya pada tahun 2009 yang lepas, dan sejak daripada itu, pelbagai variasi permainan berkenaan telah hadir – termasuk bersempena filem dan yang membawakan beberapa bentuk permainan lain. Hari ini, secara rasminya, permainan Angry Birds 2 turut dilancarkan oleh pihak Rovio.

Angry Birds 2

Permainan ini hadir untuk beberapa platform utama, dan sebagai permulaan, permainan ini telah sedia untuk dimuat-turun oleh pengguna Android.

Permainan sekuel untuk Angry Birds ini membawakan rekaan grafik yang lebih dikemaskini – apatah lagi dengan kuasa pemprosesan peranti pada hari ini yang lebih tinggi, serta menawarkan cabaran setiap tahap permainan yang lebih sukar. Beberapa ciri-ciri baru permainan turut disertakan, dan seperti sebelum ini, ia membawakan sokongan pembelian dalam-aplikasi.

Pengguna peranti Android, boleh memuat-turunnya hari ini, dan memainkan permainan sekuel untuk Angry Birds yang amat popular pada suatu masa dahulu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Angry Birds 2 Sedia Di Muat-Turun Oleh Pengguna Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info