Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aksesori Peranti Palsu Bernilai RM 151 000 Dirampas Di Plaza Low Yat

Isu rusuhan Plaza Low Yat kini sudah semakin reda dan dilupakan masyarakat. Kejadian yang dikatakan berputik dari insiden pembeli ditipu penjual dengan peranti palsu rupanya hanya khabar angin media sosial. Apa yang berlaku sebenarnya adalah percubaan merompak yang tidak berjaya membawa kepada suspek kembali ke Plaza Low Yat untuk membalas dendam.

lowyat

Semalam Plaza Low Yat kembali mendapat perhatian pihak berkuasa selepas sebuah serbuan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen. Dalam serbuan semalam 11174 aksesori peranti tiruan bernilai RM 150090 dirampas selepas  pemeriksaan dilakukan ke atas 120 premis perniagaan. Pada waktu yang sama tiga pekerja asing berasal dari Bangladesh dan Pakistan turut ditahan kerana bekerja tanpa permit.

Serbuan dilakukan selepas menerima laporan dari orang ramai yang pemilik premis yang diserbu disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011. Jika disabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM 15 000 bagi setiap produk yang dirampas, tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Masalah penjualan aksesori palsu ini memang sudah berlarutan sejak bertahun lamanya dan tindakan KPDNKK ini amatlah dihargai.

Pernah sekali kami membeli bateri untuk telefon yang mula menggelembung tidak sampai sebulan selepas dibeli. Ketika dibeli penjual mendakwa ianya bateri asli dari Nokia. Sejak dari hari tersebut kami menyenarai hitamkan Plaza Low Yat sebagai destinasi membeli aksesori peranti. Bagaimana pula dengan anda? Pernahkah anda menjadi mangsa penipuan aksesori peranti seperti yang berlaku kepada kami?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aksesori Peranti Palsu Bernilai RM 151 000 Dirampas Di Plaza Low Yat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info