Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xperia M4 Aqua Dual – Telefon Pintar Kalis Air, Dwi-SIM Daripada Sony Berharga RM969 Di Malaysia

Selain pengenalan tablet dan juga telefon pintar memfokuskan selfie, pihak Sony juga turut hadir dengan satu lagi telefon pintar untuk pasaran tempatan dengan fokus terhadap keupayaan kalis air. Telefon pintar yang dinamakan Xperia M4 Aqua Dual ini berharga RM969 dan akan mula dijual bermula minggu hadapan.

Sony Xperia M4 Aqua

Sony Xperia M4 Aqua

Xperia M4 Aqua Dual ini hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 2GB RAM, ruangan storan 8GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD, dan bateri berkapasiti 2400mAh.

Sony turut menyertakan kamera 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Sony turut menyertakan fungsi rakaman Superior Auto untuk rakaman gambar yang lebih baik menggunakannya.

Untuk Xperia M4 Aqua Dual, di Malaysia pengguna boleh menggunakan dwi-SIM, dimana kedua-duanya menyokong sehingga rangkaian 3G.

Xperia M4 Aqua Dual akan ditawarkan pada harga RM969 dalam pilihan tiga warna iaitu hitam, putih dan juga Coral.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xperia M4 Aqua Dual – Telefon Pintar Kalis Air, Dwi-SIM Daripada Sony Berharga RM969 Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info