Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Akan Menawarkan Kemaskini Mengatasi Kerentanan Papan Kekunci Melalui KNOX

Lanjutan daripada laporan berkaitan kerentanan terhadap papan kekunci maya terbina yang hadir terbina pada sejumlah peranti Samsung, kini gergasi dari Korea Selatan berkenaan dilihat telah mengeluarkan komen, dan mengatakan mereka akan mula menawarkan kemaskini untuknya dalam beberapa hari lagi.

Menurut PocketNow yang berjaya mendapatkan komen daripada Samsung, pihak Samsung akan menggunakan Samsung KNOX dalam menawarkan kemaskini sekuriti untuk masalah ini, sekaligus mengatasi kerentanan yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut pakar sekuriti sebelum ini, data yang dimuat-turun untuk papan kekunci berkenaan tidak melalui rangkaian yang selamat, sekaligus menjadikan ia terdedah kepada pelbagai serangan daripada penggodam.

Kini, dengan pihak Samsung yang mengumumkan akan menawarkan kemaskini melalui KNOX, ia mungkin melegakan hati ramai pengguna peranti Samsung, apatah lagi mereka tidak perlu menantikan kemaskini firmware yang biasanya mengambil masa yang lama memandangkan perlu melalui pelbagai ujian dan penawaran kepada para pengguna.

Samsung dijangka menawarkan kemaskini sekuriti melalui KNOX dalam masa beberapa hari lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Akan Menawarkan Kemaskini Mengatasi Kerentanan Papan Kekunci Melalui KNOX"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info