Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Sedang Membangunkan Algoritma Untuk Mengira Kalori Pada Gambar Makanan

Dengan setiap peranti mempunyai kamera pada hari ini, salah satu perkara yang sering dilakukan adalah merakamkan gambar makanan sebelum makan dan berkongsi ia ke Instagram serta pelbagai laman sosial lain. Kini, mengambil konsep penggunaan berkenaan, Google dilihat bakal hadir dengan sebuah aplikasi pintar khusus yang boleh mengira kalori yang terkandung dalam makanan berkenaan berdasarkan kepada rakaman gambar.

Google memanggilnya sebagai “Im2Calories” buat masa ini, dimana melalui teknologi AI khusus untuknya, ia menganalisa pixel pada gambar dan menggunakan algoritma tersendiri untuk menentikan saiz dan pelbagai data lain. Algoritma untuknya masih dikategorikan sebagai dalam fasa pembangunan buat masa ini, tanpa sebarang tarikh berkenaan bilakah ia akan dilancarkan kepada umum atau sebarang perancangan produk untuknya.

Jika ia diperkenalkan kelak, mungkin ia akan menjadi salah satu fungsi yang menarik memandangkan pengguna boleh mengetahui kandungan kalori terus dengan merakamkan gambar sahaja, selain menjadikan pemakanan lebih sihat dan terkawal berbanding hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Sedang Membangunkan Algoritma Untuk Mengira Kalori Pada Gambar Makanan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info