Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Final Fantasy VII Remake Diumumkan Untuk PlayStation 4

Ini bukan TechTroll tetapi adalah berita sebenar. SquareEnix baru sahaja mengumumkan bahawa permainan Final Fantasy VII yang paling digemari peminat, akan dihasilkan semula sebagai versi remake. Sebuah trailer teaser dipertontonkan sebentar tadi yang menunjukkan beberapa lokasi yang kita kenali di dalam versi grafik beresolusi tinggi. Buat masa ini tiada tarikh tentang bilakah ia akan menemui peminat. Apa yang pasti ia akan hadir pada konsol PlayStation 4 terlebih dahulu. Kini kita boleh menangisi kematian Aerith Gainsborough sekali lagi dengan grafik yang lebih realistik. Selepas bertahun lamanya menanti akhirnya permintaan nombor satu peminat siri Final Fantasy kini menjadi realiti.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Final Fantasy VII Remake Diumumkan Untuk PlayStation 4"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info