Smartfren Andromax Q ialah peranti pintar terkini yang menggunakan sistem operasi Cyanogen OS. Peranti kelas pertengahan ini dihasilkan khas dengan kerjasama Smartfren, sebuah syarikat telekomunikasi dan pengeluar peranti yang berpangkalan di Indonesia. AndroMax Q ialah peranti 4.5″ (480 x854 pixel) diperkasakan pemproses 1.2 GHz empat teras Snapdragon 410, RAM 1 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kemampuan optikal pula ialah kamera utama 8 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel.
Harga jualan peranti buatan Indonesia ini ialah 1.2 Juta Rupiah (RM 360) sebuah. Androidmax Q adalah peranti ke lima selepas OnePlus One, YU Yureka Yuphoria dan Alcatel HERO 2+ yang menggunakan sistem operasi buatan Cyanogen ini. Harga juala peranti ini amat murah sungguhpun selepas dibandingkan dengan peranti buatan China dengan spesifikasi yang setanding.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Andromax Q : Peranti Cyanogen OS Untuk Pasaran Indonesia"