Wajib rasanya bagi seorang wanita untuk memiliki sepasang kasut tumit tinggi kerana selain mencantikkan penampilan, ia juga membuat empunya badan berasa lebih percaya pada diri sendiri walaupun bertubuh rendah.
Namun, ramai mungkin tidak sedar risiko yang timbul akibat memakai kasut ini kerana jika tumit terlalu tinggi, si pemakai boleh berasa tidak selesa sehingga terjatuh ketika berjalan, menurut kajian terbaharu Universiti Stanford University, Amerika Syarikat.
Malah kajian itu menyatakan, kasut tumit tinggi boleh mempercepatkan penuaan hingga 20 tahun lebih awal apabila penyelidik menilai bagaimana seorang wanita dengan fizikal sihat berjalan sambil memakai kasut yang tinggi berbeza-beza.
Responden wanita terbabit diminta memakai kasut kasual atau sneakers yang rata, kasut bertumit tinggi 4 cm dan 8 cm selain diminta berjalan dengan serta tanpa mengenakan rompi seberat 20 peratus daripada keseluruhan berat badan mereka.
Penyelidik kemudian mengamati gerak tumit responden ketika mereka berjalan dan berdiri, maka hasil penemuan yang diterbitkan Journal of Orthopaedic Research ternyata cukup memeranjatkan ramai pihak khususnya golongan wanita.
Kumpulan saintis tulang itu mendakwa, pencinta kasut tumit super tinggi atau stiletto heels apabila memakai sepatu berkenaan, kedudukan tumit mereka boleh dengan mudahnya beralih hingga berubah bentuk apatah lagi ketika kaki menyentuh lantai.
Keadaan ini juga membuat lutut si pemakai menjadi tegang dan kaku, sehingga cara berjalan menjadi seperti warga emas atau macam mengalami penyakit tulang rapuh artritis dan lebih buruk apabila memiliki kelebihan berat badan.
Tubuh wanita itu lebih menekan sendi sekali gus lutut yang tegang dan kaku mewujudkan pelbagai masalah apabila berjalan, malah pemakaian kasut tumit tinggi dengan berat badan berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko ke atas tubuh.
Saintis bagaimanapun merumuskan, tidak ada masalah mengenakan kasut tumit tinggi untuk menghadiri acara formal tertentu tetapi adalah lebih baik jika tidak terlalu sering memakai kasut jenis ini dan diganti dengan kasut tapak lebih rata.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
Sembang-sembang je
Popular Posts
-
Hatshepsut adalah firaun ke-5 daripada dinasti ke-18 Mesir, adalah pemangku rasmi kepada anak tirinya, Thutmose III, yang hanya berusia 2 ta...
-
Menurut anggaran WHO, sekitar 10 hingga 15 peratus penduduk sesebuah negara adalah terdiri dari golongan OKU. Di Malaysia terdapat lebih dar...
-
Tidak sukar untuk mengetahui bahawa kita menghidap penyakit hati jika kita muhasabah diri sendiri. Yang jadi tak tahu itu biasanya kerana ti...
-
Rovio merupakan salah satu penerbit dan pembangun permainan yang populer dengan genre Angry Birds. Beberapa variasi dan bentuk permainan Ang...
-
Mollie atau nama sebenarnya Mary J Fancher lahir di Massachuesetts, Amerika Syarikat pada 16 Ogos 1848, sebelum berpindah dan membesar di Br...
-
Tesla dan Faraday Future ialah dua syarikat yang membangunkan kenderaan pemanduan elektrik mereka sendiri. Kedua-duanya mahu mengubah baga...
-
This is all good and being motivated by money can be a great driver. However, this can quickly change into the contrary when a trader approa...
-
ZTE merupakan salah satu syarikat pengeluar peranti mudah-alih dari China yang telah beroperasi sekian lama, serta turut menawarkan sejumlah...
-
Xperia Z3+ mungkin akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Sungguhpun begitu peranti utama terkini dari Sony ini masih lagi mempu...
-
Pada dunia hari ini, kita telah sedia melihat pelbagai peranti pintar. Terkini, bersempena CES 2015, salah satu produk baru yang turut hadir...
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Wanita Pakai Kasut Tumit Tinggi Cepat Tua !??"