Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Google Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Perkongsian Gambar Yang Bebas Daripada Google+ Pada Google I/O

Google pada hari ini mempunyai Google+ Photos, yang mana merupakan salah satu aplikasi memfokuskan gambar mereka yang turut diintegrasikan ke Google+. Namun, kerana ia tidak begitu menerima permintaan dan penggunaan tinggi, Google sebelum ini telah memilih untuk mengasingkannya.

Kini, laporan baru hadir mengatakan Google bakal memperkenalkan perkhidmatan perkongsian gambar baru yang bukan lagi sebahagian daripada Google+ ketika acara Google I/O kelak.

Menariknya, Google dikatakan akan membolehkan para pengguna terus berkongsi imej ke Facebook dan Twitter melalui perkhidmatan baru mereka kelak.

Google I/O bakal diadakan pada penghujung bulan ini, dimana kebiasaannya Google akan berkongsi pelbagai perkara baru, termasuk dari segi sistem operasi Android, Google+, Chrome dan sebagainya.

Dalam arena imej dan gambar, Google boleh dikatakan menghadapi persaingan sengit, apatah lagi dengan Instagram yang kini menjadi milik Facebook.

Sama-sama kita nantikan apakah kejutan baru yang bakal dibawakan oleh Google melalui arena perkongsian dan storan gambar ini pada acara Google I//O kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Google Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Perkongsian Gambar Yang Bebas Daripada Google+ Pada Google I/O"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info