Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skrin OLED 55″ LG Hanya Setebal 1Milimeter Diperlihatkan

Minggu ini televisyen Sony Bravia terkini yang mempunyai skrin yang sangat nipis memasuki pasaran Malaysia. Sungguhpun begitu ianya kini boleh dianggap tebal jika dibandingkan dengan skrin OLED terkini keluaran LG. Mereka memperlihatkan skrin OLED sebesar 55″ mereka yang mempunyai ketebalan hanya 1 milimeter. Ia juga hanya seberat 1.9 kilogram. Kerana ianya sangat nipis dan ringan, skrin ini boleh digantungkan ke permukaan dinding dengan hanya menggunakan magnet dan bukannya pendakap VESA yang digunakan sebagai standard sekarang.

Malangnya teknologi ini masih belum bersedia untuk digunakan pada produk sebenar. Ia hanya demo teknologi untuk masa hadapan. Tetapi kegunaannya di masa hadapan pastinya menarik. Dinding rumah anda boleh dibebaskan dari digerudi untuk memasang pendakap. Skrin ini juga boleh dipasang secara melengkung pada permukaan dinding. Satu-satunya perkara negatif yang boleh kami fikirkan ialah televisyen ultra nipis di masa hadapan mungkin lebih mudah rosak sekiranya terjatuh.

LG-oled



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Skrin OLED 55″ LG Hanya Setebal 1Milimeter Diperlihatkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info