Suatu ketika Nabi Muhammad SAW duduk di masjid dan berbincang dengan para sahabatnya.
Tiba-tiba baginda berkata, "Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk ke mari."
Semua yang ada ketika itu menoleh ke arah pintu masjid. Tidak lama kemudian, masuklah seorang lelaki dengan air wuduk yang masih membasahi wajah dan tangannya menjinjing sepasang alas kaki.
Apakah gerangan keistimewaan pemuda itu sehingga mendapat jaminan syurga?
Keesokkan harinya, peristiwa diatas berulang lagi. Nabi Muhammad SAW masih menyatakan lelaki tersebut sebagai penghuni syurga. Begitulah juga pada hari-hari berikutnya.
Seorang sahabat bernama Abdullah bin Amr kemudian mendatangi lelaki tersebut dan berkata, "Bolehkah aku menumpang tidur di rumahmu?" Pemuda penghuni syurga hanya mengangguk tanpa berkata sepatah pun.
Sebenarnya, Abdullah ingin mengetahui apa sebenarnya amalan lelaki berkenaan sehingga mendapat jaminan syurga oleh Rasulullah SAW. Namun, perkara itu tidak diberitahu kepada sesiapa.
Selama tiga hari tiga malam dia mengamati, namun tidak ada sesuatu pun yang istimewa. Tiada ibadah khusus atau solat malam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Malah, pemuda itu tidur dengan nyenyak sehingga sebelum fajar.
Pada waktu siang, pemuda itu bekerja dengan tekun dan ke pasar sama seperti orang lain. Abdullah menjadi pelik.
"Pasti ada sesuatu yang disembunyikan atau yang tidak sempat aku lihat. Aku harus berterus-terang kepadanya," getus Abdullah di dalam hati.
Akhirnya, Abdullah bertanya kepada pemuda berkenaan.
"Apakah ibadah yang kamu kerjakan sehingga mendapat jaminan syurga?" tanya Abdullah penuh persoalan.
"Apa yang anda lihat, itulah yang aku kerjakan," jawab pemuda itu.
Dengan kecewa Abdullah berlalu pergi. Namun, secara tiba-tiba tangannya dipegang oleh lelaki tersebut.
Pemuda itu lalu berkata, "Apa yang anda lihat, itulah yang saya lakukan dan ditambah sedikit lagi iaitu saya tidak pernah merasa iri hati terhadap seseorang serta tidak pernah pula saya melakukan penipuan dalam kehidupan."
Dengan menundukkan kepala, Abdullah berkata sebelum berlalu pergi, "Rupa-rupanya yang demikian itulah yang menjadikan kamu mendapat jaminan syurga."
BACA INI JUGA: Dua Kelompok Berbeza Orang-orang Fakir Miskin
-SENTIASAPANAS.COM

Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemuda Penghuni Syurga, Kisahnya Membuatkan Anda Terpukau"