Microsoft Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan siri Surface terbaru mereka, iaitu Surface 3 untuk pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk mendapatkan tablet-komputer yang digemari ramai berkenaan di Malaysia.
Surface 3 merupakan siri Surface berharga rendah dengan kuasa pemprosesan rendah berbanding dengan Surface Pro. Surface 3 juga tidak lagi menggunakan Windows RT, sebaliknya menggunakan Windows 8, serta berasaskan cip Intel Atom x7. Perkara ini sekaligus membolehkan para pengguna memasang aplikasi desktop seperti pada komputer biasa, tetapi seperti semua sedia maklum, memandangkan ia merupakan versi yang dijana Intel Atom, maka kuasa pemprosesan tidak begitu tinggi dan tidak sesuai untuk penggunaan perisian yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi.
Dari segi spesifikasi, Surface 3 hadir dengan skrin bersaiz 10.8-inci, dilengkapi cip Intel Atom x7-Z8700, dan hadir dalam pilihan ruangan storan sebanyak 64GB atau 128GB. Surface 3 juga turut menyokong input berasaskan kepada pena Surface Pen, tetapi pengguna perlu mendapatkannya secara berasingan.
Surface 3 juga turut hadir dengan kamera hadapan 3.5-megapixel untuk panggilan video, serta kamera 8-megapixel pada bahagian belakang.
Microsoft mengatakan Surface 3 ini membawakan masa bertahan dan penggunaan sehingga 10 jam lamanya. Microsoft turut menawarkan ruangan storan OneDrive percuma, selain langganan Office 365 melalui peranti ini untuk tempoh setahun.
Surfafce 3 versi 64GB akan dijual pada harga RM1989 (2GB RAM), sementara Surface 128GB dengan 4GB RAM akan dijual pada harga RM2389. Seperti biasa, Type Cover perlu dibeli secara berasingan pada harga RM479.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Surface 3 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1989, Dijual Bermula 9 Mei"