Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Memperkenalkan Office Preview Untuk Telefon Android – Ditawarkan Dalam Bentuk Beta

Microsoft telah memperkenalkan aplikasi Office untuk Android pada awal tahun ini, tetapi ketika pengenalannya, ia hanya ditawarkan untuk tablet Android sahaja. Melaluinya, pelbagai tugasan pejabat dapat dilakukan dengan mudah – terutamanya jika melibatkan dokumen seperti Word, Excel dan juga PowerPoint.

Office untuk Android

Kini, Microsoft turut memperluaskan sokongannya, dan telah pun memperkenalkan Office Preview untuk telefon Android. Microsoft membawakan rekaan antaramuka yang konsisten kepada skrin telefon pintar yang kecil, selain memudahkan pengguna membuat penyuntingan dengan aplikasi yang direkabentuk khusus untuk skrin sentuh.

Disamping itu, Microsoft juga turut memudahkan pengguna mengakses dokumen dari sebarang storan awan dengan mudah, selain turut mengintegrasikan sokongan kolaborasi dengan rakan-rakan lain.

Aplikasi ini masih dilabelkan sebagai Preview, dimana memerlukan pengguna menyertai komuniti Office for Android untuk dapat menggunakannya. Sebaik sahaja selepas menyertai komuniti berkenaan, pengguna boleh memuat-turun aplikasi Word, Excel dan PowerPoint untuk digunakan dalam penyuntingan dokumen terus pada skrin telefon anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Memperkenalkan Office Preview Untuk Telefon Android – Ditawarkan Dalam Bentuk Beta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info