Kecoh apabila sebuah pesawat AirAsia X D7172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah terpaksa mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana menghadapi masalah teknikal.
Pesawat berkenaan jenis Airbus A330 terpaksa terbang dalam pergerakan pusingan selama lebih 4 jam di ruang udara Selat Melaka untuk membuang minyak atau bahan bakarnya.
Pasti anda tertanya-tanya, kenapa tindakan tersebut dilakukan. Ada yang mempersoalkan, kenapa juruterbang tidak terus mendaratkan pesawat walaupun lapangan telah dikosongkan.
Nak tahu kenapa? Anda perlu baca artikel ini!
Menurut sebuah laman sesawang, Aviation Beta, yang menjadi platform para penggemar dunia penerbangan untuk berkongsi informasi, setiap juruterbang yang mengemudi pesawat perlu mengurangkan berat kapal terbang sebelum membuat pendaratan.
Untuk sesetengah kapal terbang, berat yang dibenarkan untuk mendarat adalah 100,000 kilogram kurang daripada jumlah berat ketika berlepas.
Ia kerana, kapal terbang sememangnya dicipta untuk mendarat pada jumlah berat yang kurang daripada ketika ia memulakan penerbangan kerana terdapat banyak risiko andai ia melebihi berat ideal, antaranya tergelincir, tersasar atau terlajak ketika pendaratan dilakukan.
Secara logiknya, andai ia berjaya meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi, maka jumlah bahan bakar yang diperuntukkan akan berkurangan kerana telah digunakan bagi proses menerbangkan pesawat.
Namun, terdapat sesetengah situasi yang akan memaksa juruterbang untuk melakukan pendaratan kecemasan atau berpatah balik, antaranya, kapal terbang menghadapi masalah teknikal seperti kegagalan fungsi enjin, masalah kesihatan penumpang atau kebakaran.
Andai ia berlaku, maka juruterbang hanya mempunyai tiga pilihan sebelum membuat pendaratan iaitu tetap mendarat dengan risiko, membuang minyak atau menghabiskan minyak dengan berlegar-legar diruang udara.
Daripada tiga pilihan yang ada, terdapat sesetengah kapal terbang yang tidak mampu untuk menggunakan pilihan kedua iaitu membuang minyak kerana pesawat kendaliannya tidak memiliki keupayaan mengosongkan tangki.
Lantas itu, ia hanya memiliki dua pilihan sahaja dan sudah tentulah, juruterbang mahupun syarikat penerbangan tidak akan sesekali merisikokan nyawa penumpang dengan memaksa pendaratan walaupun bahan bakar masih penuh di tangki.
Ada sesetengah kes, pesawat terpaksa didaratkan walaupun tangki masih penuh namun dalam kes berkenaan, ia melibatkan masalah kecemasan seperti kesihatan penumpang dan akan diputuskan oleh juruterbang sahaja.
Namun, andai pesawat tersebut tidak mempunyai masalah serius, ia perlu terus terbang pada paras rendah tetapi menggunakan tenaga yang besar bagi mempercepatkan proses pembakaran bahan bakar.
Setelah bahan bakar berjaya digunakan pada jumlah tertentu dan pesawat mendapat berat yang ideal, barulah juruterbang memutuskan untuk mendaratkan kapal terbang itu.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
Sembang-sembang je
Popular Posts
-
Hatshepsut adalah firaun ke-5 daripada dinasti ke-18 Mesir, adalah pemangku rasmi kepada anak tirinya, Thutmose III, yang hanya berusia 2 ta...
-
Menurut anggaran WHO, sekitar 10 hingga 15 peratus penduduk sesebuah negara adalah terdiri dari golongan OKU. Di Malaysia terdapat lebih dar...
-
Semakin hari semakin banyak teknologi kamera baru yang telah dicipta. Antara nama-nama teknologi berkaitan pengimejan yang dipopularkan term...
-
Tidak sukar untuk mengetahui bahawa kita menghidap penyakit hati jika kita muhasabah diri sendiri. Yang jadi tak tahu itu biasanya kerana ti...
-
Peranti di dalam keluarga Galaxy J adalah peranti kelas permulaan dan pertengahan Samsung. Di India Samsung Galaxy J2 2017 telah dilancarka...
-
Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Ini ialah ketentuan yang tidak dapat dielakkan sama ada kaya ataupun miskin. Terdapat banyak kaji...
-
Mollie atau nama sebenarnya Mary J Fancher lahir di Massachuesetts, Amerika Syarikat pada 16 Ogos 1848, sebelum berpindah dan membesar di Br...
-
Di dalam pertarungan peranti utama tahun lalau HTC One M9 gagal mengalahkan iPhone 6 dan Samsung Galaxy S6. Di Malaysia peranti ini langsung...
-
Seekor arnab yang bergaya dengan fesyen pakaian tersendiri mencuri perhatian beribu-ribu peminat di laman perkongsian gambar, Instagram baru...
-
Tesla dan Faraday Future ialah dua syarikat yang membangunkan kenderaan pemanduan elektrik mereka sendiri. Kedua-duanya mahu mengubah baga...
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Kenapa Pesawat Perlu Habiskan Bahan Bakar Sebelum Mendarat?"