Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hexy Launcher – Salah Satu Launcher Untuk Android Daripada SwiftKey Greenhouse

Untuk platform Android, terdapat pelbagai jenis launcher iaitu aplikasi yang membolehkan anda mengubah bentuk paparan skrin utama dari segi tema, ikon, gambar latar dan sebagainya. Terkini, salah satu launcher terbaru yang telah dilancarkan adalah Hexy.

Hexy hadir daripada pembangun disebalik papan kekunci popular, iaitu Swiftkey. Ia dibangunkan sebagai sebahagian daripada idea dan inovasi dibawah Swiftkey Greenhouse. Jadi, launcher ini boleh dikatakan sebagai salah satu eksperimen mereka, dan pada masa yang sama mengumpulkan pelbagai idea dan maklumbalas daripada para pengguna.

Hexy Launcher

Menggunakan Hexy Launcher ini, ia memaparkan pelbagai aplikasi dalam kotak segi-enam, dan pengguna boleh mengerakkan skrin dengan tatal ke kiri dan ke kanan. Hexy Launcher cuba menyusun aplikasi mengikut yang paling relevan untuk anda berdasarkan kepada penggunaan.

Memandangkan terdapat pelbagai launcher lain yang lebih menarik, ia tidak diketahui sama ada eksperimen pihak Swiftkey ini akan berjaya ataupun sebaliknya. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri launcher ini pada peranti Android anda hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Hexy Launcher – Salah Satu Launcher Untuk Android Daripada SwiftKey Greenhouse"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info