Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Adobe Akan Menamatkan Aplikasi Photoshop Touch Pada 28 Mei

Adobe merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan perisian dan aplikasi penyuntingan gambar mereka, Photoshop. Untuk peranti pintar, mereka sedia menawarkan Photoshop Touch, dan hari ini Adobe mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi berkenaan pada 28 Mei kelak.

Pengguna boleh memuat-turun aplikasi berkenaan sehingga 28 Mei, dan ia akan kekal boleh digunakan selepas tarikh berkenaan, tetapi Adobe mengatakan mereka tidak akan menawarkan sebarang kemaskini untuknya selepas tarikh tersebut.

Adobe Photoshop Touch

Sebagai alternatif untuknya, pihak Adobe mengatakan pengguna boleh mencuba sejumlah aplikasi Creative Cloud yang ditawarkan secara percuma seperti Photoshop Mix, Photoshop Sketch dan juga sebagainya.

Adobe turut menekankan mereka akan berkongsi beberapa berita lanjut mengenai penawaran mereka untuk Android dalam masa terdekat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Adobe Akan Menamatkan Aplikasi Photoshop Touch Pada 28 Mei"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info