Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Akan Menyiarkan Pengumuman Produk Baru Khamis Ini Secara Langsung Melalui Web

Telah menjadi tradisi kebanyakkan pengeluar untuk menyiarkan pengumuman rasmi produk utama mereka melalui web, sekaligus memudahkan para peminat mereka seluruh dunia untuk mengikutinya. Hari ini, Xiaomi turut mengumumkan yang mana mereka akan lakukan perkara sama untuk acara pengumuman hari Khamis ini.

Siaran langsung ini akan dilakukan melalui halaman Xiaomi Malaysia, membolehkan para pengguna seluruh dunia untuk mengikutinya dengan mudah. Pada halaman tersebut, kini Xiaomi telah memulakan pengiraan untuk acara pelancaran berkenaan, dimana berbaki sekitar dua hari lagi.

Xiaomi 23 April

Xiaomi pada hari Khamis ini dijangka akan mengumumkan produk global mereka yang pertama, dan pertama kali diadakan di luar China. Mereka menggunakan huruf “i” sebagai bahan promosi, sekaligus membuatkan ramai hadir dengan spekulasi mengatakan Xiaomi bakal memperkenalkan Mi4i pada acara berkenaan.

Apa pun yang bakal Xiaomi umumkan, sama-sama kita nantikan dalam masa dua hari lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Akan Menyiarkan Pengumuman Produk Baru Khamis Ini Secara Langsung Melalui Web"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info