Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Membolehkan Anda Menerima DM Daripada Sesiapa Sahaja – Walaupun Tidak Diikuti Oleh Anda

Twitter hari ini membuat sedikit perubahan pada perkhidmatan mereka dengan fokus terhadap Direct Message (DM). Sebelum ini, Twitter telah memperkenalkan sokongan menghantar DM secara berkumpulan, dan melalui perubahan hari ini, Twitter membolehkan anda menerima DM daripada sesiapa sahaja – walaupun jika anda tidak mengikuti mereka.

Twitter DM

Perubahan baru ini diaktifkan untuk semua, dan pengguna dikehendaki untuk membuat perubahan pada halaman tetapan pada bahagian sekuriti dan privasi jika tidak ingin menerima DM daripada mereka yang tidak dikenali atau diikuti.

Selain daripada itu, pihak Twitter juga telah mula mengemaskini aplikasi Android dan juga iPhone, dan kini menyertakan butang Direct Message pada bahagian hadapan dalam usaha memudahkan lagi anda berkomunikasi dengan rakan-rakan menggunakan fungsi DM.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Membolehkan Anda Menerima DM Daripada Sesiapa Sahaja – Walaupun Tidak Diikuti Oleh Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info