Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan Panggilan Suara Akhirnya Hadir Kepada Pengguna WhatsApp Di iPhone

WhatsApp telah memperkenalkan sokongan panggilan suara dikalangan pengguna Android dan juga BlackBerry sebelum ini, dan hari ini mereka telah memperkenalkan kemaskini aplikasi untuk pengguna iPhone, dan turut menyertakan fungsi yang dinamakan WhatsApp Calling ini.

Bagi yang tidak mengenali akan fungsi ini, ia membolehkan anda membuat panggilan suara menggunakan WhatsApp – dimana ia menggunakan talian data internet anda untuk membuat panggilan. Beberapa percubaan kami untuk penggunaan WhatsApp Calling ini memperlihatkan kualiti panggilan yang baik – tetapi tidak sebaik yang ditawarkan Facebook Messenger (mungkin untuk kami sahaja).

Bagi pengguna iPhone, fungsi ini hadir terbina melalui versi terbaru ini, tetapi menurut pihak WhatsApp, fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua. Ini bermakna, walaupun anda memasangnya hari ini, mungkin ia akan mengambil masa beberapa hari sebelum anda dapat melihat fungsi tersebut pada WhatsApp anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan Panggilan Suara Akhirnya Hadir Kepada Pengguna WhatsApp Di iPhone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info