Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SKMM : Kajian Sama Ada Mengecaj Tambahan GST Prabayar Atau Tolak Daripada Kredit Tambah-Nilai Akan Dilakukan

SKMMPelbagai teka-teki berlaku sepanjang tiga hari pengenalan GST ini, terutamanya berkaitan dengan tambah-nilai. Semalam, kita telah dimaklumkan yang mana tambah-nilai untuk prabayar akan dikenakan sebanyak 6% menjadikan peningkatan harga jualan untuk setiap tambah-nilai. Namun, untuk tempoh peralihan selama tiga bulan, syarikat telekomunikasi bersetuju untuk memberikan minit panggilan dan SMS percuma.


Seperti biasa, pengguna tidak begitu gembira dengan pengumuman tersebut, dan hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan syarikat pembelkal komunikasi akan membuat kajian mengenai reaksi pengguna untuk GST ini.


Kajian akan dilakukan mengenai sama ada GST dikenakan terhadap pembelian tambah-nilai ataupun ditolak daripada kredit tambah-nilai. Dalam erti kata lain, sama ada isian semula RM10 dijual pada harga RM10.60 ataupun dijual pada harga sama RM10, tetapi pengguna hanya menerima RM9.43.


Pada masa yang sama, seperti diumumkan Ahmad Shabery semalam, SKMM turut mengatakan kadar pakej jalur lebar yang lebih mampu dimilik akan diumumkan pada pertengahan April ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SKMM : Kajian Sama Ada Mengecaj Tambahan GST Prabayar Atau Tolak Daripada Kredit Tambah-Nilai Akan Dilakukan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info