Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei P8 Dan Huawei P8 Max Dijadualkan Ke Malaysia Pada Jun 2015

Huawei semalam telah berkongsi mengatakan pasaran Malaysia akan menjadi antara yang terawal untuk menerima peranti Huawei P8 dan juga peranti bersaiz besar mereka, Huawei P8 Max. Berkongsi lanjut mengenainya untuk pasaran tempatan, kedua-dua peranti berkenaan dijangka hadir sekitar awal Jun 2015 ini.


Huawei P8 & P8 Max


Huawei P8 merupakan telefon bersaiz 5.2-inci daripada Huawei, hadir dengan rekaan unibody, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan OIS, dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Huawei mengatakan peranti ini hadir dengan sokongan bateri bertahan sehingga lebih sehari untuk penggunaan normal, dan sehari untuk penggunaan berat.


Bagi Huawei P8 Max pula, ia membawakan skrin bersaiz 6.8-inci, dan membawakan bateri bersaiz lebih besar yang mampu bertahan sehingga dua hari. Disamping itu, Huawei turut menyertakan beberapa pembaharuan khusus dari segi perisian untuk Huawei P8 Max ini.


Pihak Huawei Malaysia masih tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan harga yang akan ditawarkan untuk kedua-dua peranti berkenaan.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei P8 Dan Huawei P8 Max Dijadualkan Ke Malaysia Pada Jun 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info