Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor Malaysia Akan Melancarkan Honor 4C Bersama-sama Honor 6 Plus Pada 28 April Kelak

Semalam kami telah berkongsi mengenai pihak Honor Malaysia bakal melancarkan telefon pintar dengan dwi-kamera mereka, iaitu Honor 6 Plus secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan – bersempena dengan ulang-tahun pertama Honor di Malaysia.

Nampaknya, selain daripada Honor 6 Plus, pihak Honor Malaysia juga turut akan memperkenalkan satu lagi peranti baru pada acara yang sama, iaitu Honor 4C.

Honor 4C belum diumumkan secara rasmi sehingga ke hari ini, tetapi ia dijangka akan membawakan spesifikasi pertengahan, dan berkemungkinan berharga lebih rendah daripada variasi Honor 4X sebelum ini. Kita juga mungkin akan dapat melihat ia menyertakan sokongan dwi-SIM, selain dijana antaramuka EMUI 3.0.

Seperti biasa, kita mungkin akan dapat mendengar lebih lanjut mengenai harga jualan, dan spesifikasi penuh peranti ini secara rasmi pada minggu hadapan di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor Malaysia Akan Melancarkan Honor 4C Bersama-sama Honor 6 Plus Pada 28 April Kelak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info