Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar 'Hantu Samurai' Terakam Ketika Bergambar

Sekeping foto yang dimuatnaik ke laman forum Reddit menimbulkan perdebatan mengenai ketulenan entiti yang terdapat dalam gambar tersebut.

Hantu Samurai

'Entiti' (kiri, tengah) jelas kelihatan di dalam bulatan. (Kanan) Tiada entiti kelihatan dari gambar lain yang diambil dari lokasi sama.

Menurut pelayar Reddit, Obiaruf berkata, entiti berkenaan kelihatan memakai 'but samurai'.

Gambar berkenaan dilaporkan diambil berdekatan dengan makam samurai di Kanagawa, tahun lepas.

Obiaruf yang merupakan kawan kepada jurugambar berkenaan berkata, dalam foto lain di lokasi sama, tidak ada apa-apa entiti pelik kelihatan.

Terdapat juga pelayar Reddit mengandaikan kemungkinan 'hantu' tersebut dari zaman Perang Dunia Kedua.

"Datuk saya berada di Okinawa (Jepun) ketika Perang Dunia Kedua dan saya mengecam but yang dipakai. Itu but Tentera Laut Amerika Syarikat (ketika) Perang Dunia Kedua." jelas pelayar tersebut.

Bagaimanapun, pelayar laman Reddit yang lain bersikap skeptikal terhadap foto tersebut.

Mereka memberitahu ianya adalah 'ilusi' atau permainan cahaya dan kehadiran manusia sebenar yang lain dalam foto berkenaan.

BACA INI JUGA: Isao Machii, Samurai Yang Mampu Membelah Peluru!

Sumber: Sinarharian.com.my



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar 'Hantu Samurai' Terakam Ketika Bergambar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info