Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Cyanogen Mengumumkan Kerjasama Strategik Dengan Microsoft – Akan Menyertakan Aplikasi Microsoft

Cyanogen yang sedia terkenal dengan penawaran versi Android mereka tersendiri untuk sejumlah peranti Android di pasaran, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan pihak Microsoft. Melaluinya, mereka akan mula mengintegrasikan sejumlah aplikasi dan perkhidmatan Microsoft pada penawaran mereka.


Dengan ini, kita mungkin akan dapat melihat penawaran OneDrive, aplikasi Microsoft Office dan juga Skype pada CyanogenMod kelak. Selain daripada itu, perkhidmatan Bing juga turut akan disertakan, bersama-sama OneNote dan juga Outlook.


Cyanogen tidak memberikan petanda bilakah ia akan mula diintegrasikan. Memandangkan mereka baru sahaja habis membangunkan CM12, mungkin kita akan dapat melihat ia diintegrasikan padanya, atau mungkin juga pada versi akan datang.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cyanogen Mengumumkan Kerjasama Strategik Dengan Microsoft – Akan Menyertakan Aplikasi Microsoft"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info