Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Blush Compact Power : Power Bank Untuk Wanita Yang Mementingkan Gaya

Aksesori teknologi sebahagian besarnya mempunyai rekaan industrial yang tidak mementingkan gaya. Hanya sejak kebelakangan ini kecantikan reka bentuk peranti dianggap penting bagi melakukan produk. Bagi wanita yang mementingkan gaya kini wujud aksesori peranti yang tidak kelihatan canggung di dalam beg tangan mereka.

Blush Compact Power ialah power bank yang mempunyai rekabentuk seperti bekas bedak muka. Ia mempunyai bateri berkapasiti 4200 mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 2 ampere. Butang untuk memulakan proses pengecasan kelihatan seperti span bedak berbentuk bulat. Bagi melengkapkan ilusi sebuah cermin turut disertakan pada bahagian dalam penutup. Terdapat dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Harga jualan ialah sekitar RM 190 sebuah. Mungkin hadiah yang sesuai bagi wanita yang sentiasa mahu kelihatan bergaya.

Blush3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Blush Compact Power : Power Bank Untuk Wanita Yang Mementingkan Gaya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info