Pesawat penumpang sudah wujud selama 102 tahun. Sikorsky Ilya Muromets ialah pesawat penumpang pertama dengan penerbangan dari St Petersburg ke Kiev pada tahun 1913 dengan 16 orang penumpang. Dan sejak dari hari itu penumpang dapat melihat pemandangan dunia dari mata burung melalui tingkap mereka. Kerap kali ketika menaiki pesawat kami akan melihat sesuatu di muka bumi dan terfikir apakah yang kami lihat itu? Bandar apakah? Banjaran gunung manakah ini? Semuanya tidak terjawab dan menjadi misteri kerana tiada cara mendapatkan maklumat.
Airbus sudah memfailkan paten unik tingkap penumpang dengan skrin sesentuh. Apabila anda melihat sesuatu dari tingkap anda boleh menekan cermin dan maklumat tentang apa yang ada lihat akan dipaparkan. Sebagai contoh jika terbang di atas Kuala Lumpur penumpang boleh mengetahui sejarah Menara Berkembar Petronas dari paparan skrin tingkap. Sistem tingkap penumpang interaktif ini adalah perancangan masa hadapan Airbus untuk menjadikan perjalanan udara lebih menarik. Buat masa ini idea ini hanya wujud dalam bentuk paten kerana Airbus masih belum mahu menjadikannya realiti dalam masa terdekat.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Airbus Memfailkan Paten Tingkap Penumpang Dengan Skrin Sesentuh"