Sembang Maniac

Sembang-sembang je

5 Peranti Aksesori Zen dari Asus Turut Diperkenalkan Untuk Pasaran Asia Tenggara.

Dengan peranti pintar Asus Zenfone 2 secara rasminya telah memasuki pasaran Asia Tenggara serta pelancarannya di Malaysia pada 9 Mei ini, mereka juga telah memperkenalkan 5 aksesori yang akan dijual tidak lama lagi.

ZenFlash

ASUS-ZenFone-2-Accessories008

Seperti yang kita tahu, Asus Zenfone 2 dilengkapi dengan kamera yang agak berkuasa, iaitu pada 13MP dengan keupayaan Pixelmaster yang telah dinaik-taraf kepada Pixelmaster 2.0. Malah terdapat fungsi Manual pada kameranya. Bagi melengkapinya, ZenFlash dicipta bagi mereka yang inginkan lampu limpah Xenon yang lebih berkuasa. Ia dikatakan 100 kali lebih cerah dari lampu LED biasa yang menerangi gambar. Untuk menggunakannya, pengguna perlu memuatturun aplikasi khas namun kami tidak berjaya mencubanya berikutan ZenFone 2 yang dicuba merupakan demo unit dan tidak terdapat aplikasi tersebut. Ia dijual pada harga  IDR 239,000 (~RM 67).

Lolliflash

ASUS-ZenFone-2-Accessories010

Sekiranya anda tidak memerlukan lampu limpah professional seperti ZenFlash tetapi inginkan lampu limpah yang sesuai untuk kegunaan asas, Asus Lolliflash merupakan lampu limpah yang comel dan mudah dibawa kemana-mana. Ia menggunakan jack fon audio untuk mendapatkan kuasa dan terdapat butang disebelahnya untuk memilih mod lampu limpah yang diinginkan. Terdapat dua jenis lampu iaitu lampu cahaya putih dan lampu cahaya kuning. Terdapat tiga mod, dimana mod pertama akan mengeluarkan cahaya putih (cool color), mod kedua akan mengeluarkan cahaya kuning (warm color) dan sekiranya ditekan tiga kali untuk memasuki mod ketiga, ia akan mengeluarkan kedua-dua cahaya. Ia hadir dalam 5 pilihan warna iaitu merah, kuning, biru, putih dan juga hitam. Ia dijual pada harga IDR 119,000 (~RM 33).

ZenEar S dan ZenEar

ASUS-ZenFone-2-Accessories015

Asus turut memperkenalkan dua fon audio iaitu ZenEar S dan juga ZenEar. ZenEar S merupakan peranti fon audio berjenis in-ear dan hadir dengan rekaan yang menarik, membolehkan kedua-dua pembesar suara tersebut dilekatkan secara magnetik apabila tidak digunakan. Ia turut mempunyai kelongsong penyimpanan khas buat jack fon audio tersebut. ZenEar pula merupakan peranti fon audio yang memberikan kesan Bass bagi mereka yang lebih sukakan kualiti Bass semasa mendengar sesuatu lagu. ZenEar S dijual pada harga Ia dijual pada harga IDR 699,000 (~RM 196) dan ZenEar dijual pada harga IDR 79,000 (~RM 22).

ZenPower

ASUS-ZenFone-2-Accessories012

Asus juga turut mempamerkan peranti storan kuasa mereka iaitu ZenPower. Peranti ini hadir dengan saiz yang agak kecil, namun menawakan kuasa pengecasan berkapasiti 10050 mAh. Dengan saiz sebegitu ia membolehkan power bank ini dibawa kemana-mana, dan ia tampak elegan dengan kemasan badan aluminium. Ia juga boleh dicaj dengan pantas pada arus 2.4A. Ia hadir pada lima pilihan warna iaitu hitam, putih, emas, merah jambu dan biru. Ia dijual pada harga IDR 269,000 (~RM 75).

Buat masa ini bilakah peranti aksesori ini akan tersedia untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "5 Peranti Aksesori Zen dari Asus Turut Diperkenalkan Untuk Pasaran Asia Tenggara."

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info