Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WhatsApp Mula Mengaktifkan Sokongan Panggilan Dengan Lebih Meluas – Menggunakan Fungsi Jemputan

WhatsApp telah mula memperkenalkan fungsi panggilan sejak sebulan dua yang lepas, dan ia mula ditawarkan dalam bentuk yang terhad. Kini, sejumlah pengguna tempatan telah mula menerimanya, termasuk kami sendiri.


Dengan aktifnya fungsi panggilan ini, pengguna akan boleh membuat panggilan terus kepada rakan-rakan mereka melalui WhatsApp. Sebuah tab khas juga turut ditambah pada bahagian atas aplikasi untuk mengasingkan panggilan dan juga permesejan.


WhatsApp Call


Kami telah mencubanya dengan beberapa rakan, dan kualiti panggilan agak baik. Tetapi, kadang-kala terdapat sedikit lengah-masa, dan ia bergantung kepada kelajuan internet seseorang pengguna tersebut sendiri.


Untuk mengaktifkannya, pengguna yang telah mempunyai fungsi tersebut dikehendaki membuat panggilan kepada pengguna baru, dan ia akan diaktifkan pada WhatsApp mereka. Kami telah mencubanya pada beberapa nombor, dan ia dilihat berfungsi pada beberapa nombor – terutamanya yang menggunakan peranti Android, dan kadang-kala ia mengambil masa sehingga lima minit untuk diaktifkan.




WhatsApp CallBagi pembaca Amanz yang inginkan fungsi ini, anda boleh menambah nombor telefon +6011 3523 8730 di WhatsApp dan menghantar mesej kepada kami. Tetapi, sebelum itu, pastikan anda telah memasang versi WhatsApp untuk Android terkini yang boleh dimuat-turun dari laman WhatsApp. Seterusnya, sebaik sahaja anda menghantar mesej, kami akan membuat missed-call, dan anda boleh membuat panggilan kepada kami semula daripada talam notifikasi anda. Seterusnya, fungsi tersebut akan diaktifkan kepada anda selepas anda memulakan semula aplikasi Android.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WhatsApp Mula Mengaktifkan Sokongan Panggilan Dengan Lebih Meluas – Menggunakan Fungsi Jemputan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info