Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Dikatakan Akan Membawa Cortana Ke Platform Android Dan iOS

Microsoft sedia menawarkan perkhidmatan pembantu pintar mereka dinamakan Cortana pada Windows Phone, selain bakal hadir ke desktop dan pelbagai peranti menjalankan Windows 10. Selain daripada itu, ia juga turut dikatakan bakal hadir ke platform Android dan iOS kelak.


Cortana M8


Microsoft dikatakan bakal menawarkan Cortana sebagai sebuah aplikasi khusus bagi pengguna tablet dan telefon iOS dan juga Android, membolehkan mereka yang menggunakan komputer Windows 10 turut menggunakan pembantu pintar sama pada telefon dan tablet mereka.


Microsoft dikatakan sedang membangunkan Cortana yang lebih pintar dan pelbagai sokongan pintar dijangka akan diintegrasikan pada perkhidmatan tersebut – termasuk menarik data daripada pelbagai perkhidmatan.


Microsoft dibawah Satya Nadella dilihat lebih memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan kepada pelbagai platform dan tidak khusus untuk Windows Phone sahaja. Sebelum ini, Microsoft telah memperkenalkan aplikasi Outlook untuk platform lain, selain turut menawarkan Office secara percuma untuk pengguna platform lain.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Dikatakan Akan Membawa Cortana Ke Platform Android Dan iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info