Sembang Maniac

Sembang-sembang je

GST : Oppo Akan Menanggung Cukai Tambahan – Harga Peranti Kekal Seperti Biasa Tanpa Kenaikkan

Pada minggu hadapan, Malaysia akan mula mengimplementasikan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) untuk pelbagai produk bermula 1 April kelak, dan tidak ketinggalan adalah produk-produk seperti gajet, telefon pintar, tablet dan sebagainya. Beberapa syarikat telah mula mengeluarkan kenyataan berkaitan dengannya, dan kini Oppo Malaysia turut tidak ketinggalan.


Oppo Malaysia GST


Melalui kenyataan yang dihantar oleh Oppo kepada kami, mereka mengatakan mereka tidak akan naikkan sebarang harga peranti, dan masih mengekalkan harganya seperti sebelum ini. Sebaliknya untuk kenaikkan cukai, mereka akan menanggungnya dan tidak memberikan bebas kepada pengguna.


Bercakap mengenai Oppo Malaysia, dua peranti baru yang telah dilancarkan oleh mereka untuk pasaran tempatan adalah Oppo R5 dan juga Oppo Find 7. Kedua-duanya hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik termasuk sokongan pengecasan pantas melaluinya.


Oppo Malaysia GST






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "GST : Oppo Akan Menanggung Cukai Tambahan – Harga Peranti Kekal Seperti Biasa Tanpa Kenaikkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info