Facebook sedia terkenal dalam arena laman sosial, dan diakses oleh jutaan pengguna setiap hari. Mereka juga telah hadir dengan beberapa penawaran baru, dimana selain daripada permesejan dan video, mereka juga dilihat telah mula memfokuskan kepada beberapa perkara berkaitan e-dagang.
Terkini, gergasi laman sosial berkenaan telah mengambil-alih salah satu enjin carian memfokuskan kepada beli-belah dinamakan sebagai TheFind.
TheFind menawarkan pengguna dengan pengalaman carian produk yang baik, sekaligus memberikan beberapa cadangan produk berkaitan yang menarik selain daripada memaparkan hasil carian daripada pangkalan data TheFind. Pengguna juga kemudian boleh membandingkan harga barangan daripada pelbagai penjual menggunakan TheFind ini.
Dengan pengambil-alihan ini, perkhidmatan TheFind akan ditamatkan, sementara pasukan disebaliknya akan menyertai pasukan pengiklanan di Facebook dalam usaha memaparkan iklan yang lebih relevan kepada pengguna.
Seperti biasa, kedua-dua syarikat tidak mengumumkan harga pengambil-alihan yang terlibat dalam transaksi ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Mengambil-Alih TheFind Dalam Usaha Menambah-Baik Penawaran Iklan"