HTC sebelum ini sedia mengatakan yang mana mereka akan mengumumkan peranti baru mereka pada 1 Mac. Kini, Samsung turut sama akan memperkenalkan peranti mereka pada tarikh yang sama, bersempena dengan Mobile World Congress.
Melalui jemputan yang telah mula dihantar oleh Samsung, mereka menggunakan slogan “Whats Next” sekaligus memberikan idea mereka akan mengumumkan Galaxy S6 pada acara berkenaan.
Pelbagai spekulasi sedia hadir berkenaan dengan Galaxy S6, termasuk mengatakan ia akan membawakan rekaan peranti yang baru dan lebih premium, disamping pada masa yang sama dilengkapi dengan kemaskini TouchWiz yang lebih ringan berbanding versi sedia ada. Telefon pintar Samsung terbaru ini juga turut dikatakan akan hadir dengan sebuah variasi dengan skrin pada bahagian tepi lebih kurang seperti Galaxy Note Edge sebelum ini.
Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara berkenaan, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Samsung pada tarikh 1 Mac kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Menjadualkan Acara Pengumuman Peranti Baru Mereka Pada 1 Mac"