Apple sebelum ini telah memperkenalkan Apple Maps yang mana merupakan alternatif untuk Google Maps, sekaligus menawarkan sistem pemetaan untuk para pengguna Apple. Melaluinya juga, mereka menawarkan fungsi navigasi dan juga paparan dalam bentuk 3D untuk memudahkan pengguna melihat sesuatu lokasi itu dengan mudah.
Kini, ia dilihat mungkin pihak Apple ingin membawanya setapak lagi ke hadapan dengan menyertakan sebuah fungsi seumpama Street View pada Apple Maps.
Spekulasi baru ini hadir daripada penemuaan beberapa van bersaiz mini di California yang dikatakan milik Apple dan dilengkapi dengan beberapa kamera pada bahagian atasnya. Ia turut dikatakan mungkin merupakan kereta yang dipandu automatik, namun memandangkan Apple tidak menerima lesen percubaan untuknya, maka ia dikatakan berkemungkinan besar adalah lebih kepada rakaman berbentuk Street View.
Sekiranya perkara ini benar, maka kita mungkin akan dapat melihat Apple memperkenalkan sokongan seumpamanya pada kemaskini akan datang pada Apple Maps. Namun, mungkin penawaran mereka akan terhad ke beberapa lokasi di Amerika Syarikat sahaja dan tidak begitu meluas seperti apa yang ditawarkan oleh Google.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mungkinkah Apple Hadir Dengan Sokongan Seumpama Street View Tersendiri?"