Google sedia melabur pada perkhidmatan Uber, tetapi ia dilihat tidak menghentikan mereka untuk hadir dengan sebuah aplikasi dan perkhidmatan seumpamanya. Menurut Bloomberg, Google bakal menggunakan teknologi pemanduan automatik mereka bersama-sama dengan aplikasi untuk tempah kenderaan seumpama teksi ini.
Google sebelum ini pernah menyatakan ingin merevolusikan arena pengangkutan dengan kenderaan yang dipandu automatik dan dikongsi ramai. Mungkin perkara ini yang ingin dicapai mereka oleh aplikasi perkongsian pemandu ini kelak.
Buat masa ini, kenderaan yang dipandu automatik daripada Google masih pada peringkat ujian, dan mungkin mengambil masa sekitar lima tahun sebelum ia dipasarkan atau digunakan secara umum. Namun, ia mungkin terhad ke pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan akan mengambil masa yang amat lama untuk diperluaskan ke pasaran seluruh dunia memandangkan terdapatnya kekangan kos dan juga kebenaran pihak berkuasa.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh Google melalui aplikasi mereka kelak dalam masa beberapa tahun lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Perkongsian Pemandu Seumpama Uber"