Sembang Maniac

Sembang-sembang je

15 Buah Telefon Yang Telah Diperkenalkan Sepanjang Bulan Januari 2015

Bulan Januari 2015 boleh dikatakan bulan yang agak penuh dengan pelbagai pengumuman peranti baru daripada pelbagai pengeluar – dimana ia selari dengan memasuki tahun baru, selain acara Consumer Electronic Show yang diadakan di Amerika Syarikat. Pelbagai telefon pintar dan telefon bimbit telah diperkenalkan sepanjang bulan pertama tahun 2015 ini, dimana 13 telefon ini adalah antara yang menarik perhatian ramai pengguna seluruh dunia.


Lg G Flex 2 – Telefon Melengkung Daripada LG

LG G Flex 2


LG pada acara Consumer Electronic Show, telah memperkenalkan telefon melengkung mereka yang dikemaskini, iaitu LG G Flex 2. Seperti pada generasi sebelum ini, ia turut membawakan rekaan kerangka luar belakang yang boleh sembuh-semula daripada kesan calar dengan lebih pantas, selain beberapa fungsi khusus termasuk fungsi Glance yang membolehkan anda melihat notifikasi dan perkara baru pada peranti anda tanpa mengaktifkan skrin. Sokongan Knock Code dan sebagainya turut disertakan pada peranti berasaskan kepada Android 5.0 Lollipop dan menggunakan cip Snapdragon 810 ini.


LG G Flex 2 LG G Flex 2 LG G Flex 2 LG G Flex 2
Spesifkasi : Skrin 5.5-inci dengan resolusi 1080p, cip Snapdragon 810 2GHz, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan Laser Autofokus, kamera depan 2.1-megapixel, dan bateri berkapasiti 3000mAh dilengkapi sokongan pengecasan pantas.



Asus Zenfone 2 – Telefon Dengan Memori Sehingga 4GB RAM

Asus Zenfone 2


Asus Zenfone 2


Dengan perlumbaan spesifikasi, pihak Asus membuat kejutan pada bulan Januari lepas, apabila mengumumkan Asus Zenfone 2 yang turut hadir dengan variasi memori 4GB RAM. Penggunaan RAM yang tinggi ini sekaligus memudahkan anda membuat multi-tasking dan membuka sejumlah aplikasi pada peranti anda tanpa mengalami sebarang masalah. Seperti versi sebelum ini, telefon pintar Asus Zenfone ini turut hadir dengan cip pemprosesan daripada Intel, dan rekaan peranti dengan elemen ikonik daripada Asus.


Spesifkasi : Skrin 5.5-inci dengan resolusi 1080p, cip Intel Atom empat-teras, memori 2GB RAM sehingga 4GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera depan 5-megapixel, dan bateri berkapasiti 3000mAh. Menjalankan Android 5.0 Lollipop serta antaramuka khusus dinamakan ZenUI 2.0.



Asus Zenfone Zoom – Telefon Dengan Zoom Optikal

Asus Zenfone Zoom


Salah satu variasi lain yang turut diperkenalkan oleh pihak Asus adalah Asus Zenfone Zoom. Menjadi fokus utama pada telefon pintar Zenfone Zoom ini adalah bahagian kameranya, dimana ia turut hadir dengan sokongan zoom optikal serta autofokus berasaskan laser. Pihak Asus sedia mengatakan yang mana peranti ini akan merakamkan gambar yang lebih jelas berbanding dengan sejumlah peranti lain di pasaran pada hari ini, dan bakal dipasarkan di Malaysia sekitar penghujung suku kedua 2015 ini.




Samsung Galaxy A7 – Telefon Spesfikasi Pertengahan Dengan Bingkai Logam

Samsung Galaxy A7


Samsung telah sedia mempunyai penawaran peranti berspesfikasi pertengahan mereka dengan rekaan bingkai logam dibawah nama keluarga Galaxy A. Ia boleh dikatakan evolusi daripada keluarga Galaxy Alpha sebelum ini, dan hadir dengan rekaan yang amat menarik – jauh berbeza dengan sejumlah peranti Samsung sebelum ini. Galaxy A7 telah diperlihatkan buat pertama kali di Malaysia pada bulan ini sebelum ia dilancarkan secara rasminya. Peranti ini akan dijual di Malaysia bermula Februari 2015 ini pada harga RM1499. Beberapa fungsi khusus yang disertakan pada peranti ini termasuklah sokongan selfie, dan juga kebolehan mengubah tema antaramuka.


Samsung Galaxy A7 Samsung Galaxy A7 Samsung Galaxy A7 Samsung Galaxy A7


Spesifikasi : Skrin 5.5-inci HD penuh, cip Snapdragon 615, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, bateri berkapasiti 2600mAh, Android 4.4 KitKat.



Xiaomi Mi Note – Rekaan Kaca Pada Depan Dan Belakang

Xiaomi Mi Note


Siaomi pada bulan Januari 2015, telah memperkenalkan telefon pintar Xiaomi Mi Note yang mana hadirnya dengan rekaan berasaskan kaca pada bahagian hadapan dan juga belakang, serta bahagian tepi yang melengkung dalam memudahkan pengguna untuk memegang dan menggunakannya – berbeza dengan beberapa peranti berbentuk phablet lain di pasaran. Beberapa fungsi khusus turut dilengkapkan pada peranti ini, termasuk sokongan Reading Mode, dan juga kebolehan menggunakan peranti pada sebelah tangan.


Xiaomi Mi Note Xiaomi Mi Note Xiaomi Mi Note Xiaomi Mi Note
Spesifikasi : Skrin 5.7-inci HD penuh, cip Snapdragon 801, memori 3GB RAM, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, kamera 4-megapixel (Ultrapixel) pada bahagian hadapan, dwi-SIM, bateri berkapasiti 3000mAh.



Xiaomi Mi Note Pro – Telefon Xiaomi Berspesfikasi Tinggi

Xiaomi Mi Note


Xiaomi Mi Note Pro pula merupakan variasi berspesfikasi tinggi untuk phablet daripada Xiaomi, dimana ia hadir dengan pilihan warna emas, dan dilihat memfokuskan kepada para peminat Xiaomi yang inginkan peranti berspesifikasi tinggi sebagai penggunaan harian. Pelbagai perkara luaran yang disertakan adalah menyerupai Mi Note, sebaliknya perubahan adalah lebih kepada komponen dalaman yang digunakan.


Spesifikasi : Skrin 5.7-inci dengan paparan QHD, cip Snapdragon 810, memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, kamera 4-megapixel (Ultrapixel) pada bahagian hadapan, dwi-SIM, bateri berkapasiti 3000mAh.



Xiaomi Redmi 2 – Telefon Dengan Sokongan Dwi-4G

Xiaomi Redmi 2


Selain peranti dibawah keluarga utama Mi mereka, Xiaomi turut sama telah mengemaskini penawaran peranti berspesifikasi rendah melalui keluarga Redmi. Xiaomi Redmi 2 telah diperkenalkan pada awal Januari 2015 yang mana hadirnya sebagai ganti kepada Redmi 1S sebelum ini, dimana selain daripada spesifikasi, ia turut membawakan sedikit perubahan pada rekabentuk peranti tersebut sendiri.


Spesifikasi : Skrin 4.7-inci, cip Snapdragon 410, memori 1GB RAM, ruangan storan 8GB, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dwi-SIM, 4G LTE, bateri 2200mAh.



Samsung Z1 – Telefon Pintar Dengan Platform Tizen

Samsung-Z1


Dengan pelbagai penawaran telefon Android, pihak Samsung juga dilihat telah mula memfokuskan kepada Tizen. Sebelum ini, mereka telah sedia hadir dengan kamera digital Tizen dan juga jam tangan pintar menggunakan platform sama. Samsung Z1 menjadi telefon pintar berasaskan Tizen yang mula dipasarkan kepada umum, dan membawa spesifikasi rendah, tetapi dilengkapi penggunaan antaramuka menyerupai TouchWiz.


Spesifikasi : Skrin 4-inci WVGA PLS, cip dwi-teras 1.2Ghz, memori 768MB, kamera belakang 3.1-megapixel, kamera hadapan VGA, ruangan storan 4GB, Tizen 2.3.



ZTE Blade S6 – Rekaan Menyerupai iPhone 6

ZTE Blade S6


ZTE telah memasuki semula pasaran tempatan pada tahun lepas, dan tahun ini dilihat mereka ingin memfokuskan semula ke pasaran-pasaran di Asia Tengara termasuk Malaysia. Selari dengannya, salah satu telefon pintar baru yang diperkenalkan ZTE adalah ZTE Blade S6, yang mana membawakan rekaan seumpama iPhone 6, dan pada masa yang sama dilengkapi dengan Android 5.0 Lollipop serta cip berasaskan 64-bit daripada Qualcomm.


ZTE Blade S6 ZTE Blade S6 ZTE Blade S6 ZTE Blade S6
Spesifikasi : Skrin 5-inci, cip Snapdragon 615, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, sokongan dwi-SIM 4G LTE, dan bateri berkapasiti 2400mAh.



Acer Liquid Jade S – Fokus Terhadap Selfie, 4G

Acer Liquid Jade S


Acer pada bulan ini telah memperkenalkan beberapa komputer riba baru bersempena CES 2015, dan tidak ketinggalan adalah kemaskini kepada keluarga telefon pintar Liquid Jade mereka. Dinamakan sebagai Liquid Jade S, ia membawakan rekabentuk yang berbeza dengan pelbagai pengeluar lain, dan pada masa yang sama dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G LTE.


Spesifikasi : Skrin 5-inci, cip MediaTek MT6752M, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, Android 4.4 KitKat, 4G LTE.



Lumia 532 Dan Lumia 435 – Telefon Windows Phone

Lumia 435


Selain sejumlah telefon berasaskan Android, pihak Microsoft turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan dua telefon pintar berasaskan Windows Phone pada bulan ini, iaitu Lumia 435 dan Lumia 532.


Kedua-dua peranti ini dilengkapi perisian Lumia Denim, dan menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 200, memori sebanyak 1GB RAM, dan sokongan dwi-SIM. Microsoft dilihat ingin memfokuskan kepada pasaran negara-negara membangun melalui kedua-dua peranti ini.




Lenovo P90 – Telefon Dengan Bateri 4000mAh

Lenovo P90


Lenovo P90 adalah salah satu telefon pintar daripada Lenovo yang dilengkapi dengan cip Intel 64-bit, serta hadir dengan sokongan 4G LTE dan bateri berkapasiti sehingga 4000mAh. Lenovo memfokuskan kepada penawaran masa penggunaan peranti yang lama melalui Lenovo P90 ini.


Spesifikasi : Skrin 5.5-inci, cip Intel Atom Z3560 1.8GHz, memori 2GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, 4G LTE.



Energizer Energy – Keluarga Telefon Tahan Lasak Dari Pembuat Bateri

Energizer Energy


Energizer sedia terkenal kerana pemasaran bateri mereka, dan pada tahun ini, mereka turut menyertai arena telefon pintar dengan bekerjasama bersama pihak DDM Brands. Sebanyak 4 model telefon telah diperkenalkan, meliputi telefon pintar berasaskan Android, dan juga telefon bimbit biasa – dimana kesemuanya memfokuskan kepada ketahanan dan binaan yang tahan lasak serta disesuaikan untuk penggunaan masa yang lama berbanding telefon biasa. Telefon yang dinamakan dibawah keluarga Energizer Energy ini dijangka akan dipasarkan sekitar bulan Mac kelak di negara-negara barat.


Sumber gambar : CNet




Alcatel OneTouch Pixi 3 – Telefon Dengan Variasi FirefoxOS, Android Dan Windows Phone

Alcatel OneTouch Pixi 3


Alcatel sedia terkenal dengan penawaran peranti berspesifikasi rendah-pertengahan mereka, dan pada CES 2015 yang diadakan awal Januari 2015 lepas, mereka telah memperkenalkan Pixi 3 yang hadir dengan pilihan sistem operasi berasaskan Windows Phone, Android ataupun Firefox OS. Ini sekaligus memberikan kelebihan kepada pengguna untuk memilih Pixi 3 dengan sistem operasi yang disukai dan selesa bagi mereka.








Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "15 Buah Telefon Yang Telah Diperkenalkan Sepanjang Bulan Januari 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info