Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mengumumkan Sokongan Terjemahan Masa-Nyata Untuk Perbualan, Dan Terjemahan Teks Melalui Kamera

Dengan dunia bergerak pantas, ramai yang inginkan sesuatu perkara dilakukan sepantas yang boleh. Hari ini, seperti apa yang dilaporkan sebelum ini, Google mengumumkan kemaskini kepada aplikasi Google Translate mereka, yang mana memfokuskan kepada terjemahan pantas dalam masa-nyata.


Google Translate


Seperti semua sedia maklum, Google Translate sedia menyokong kebolehan untuk anda terjemah sesuatu papan tanda dan sebagainya dengan menggunakan kamera telefon dihadapan dan ia akan terjemah mengikut bahasa tetapan anda. Melalui kemaskini yang diumumkan oleh Google hari ini, fungsi tersebut kini beroperasi dengan lebih pantas dalam bentuk masa-nyata, malah turut menyertakan sokongan offline. Untuk permulaan, ia hanya terhad untuk beberapa bahasa sahaja, iaitu dari Bahasa Jerman, Perancis, Portugis, Itali, Rusia, dan Sepanyol ke bahasa Inggeris sahaja. Google mengatakan akan memperluaskan ia kepada beberapa bahasa lain tidak lama lagi.


Pada masa yang sama, satu lagi kemaskini yang diumumkan adalah sokongan terjemahan suara, dimana kini anda boleh mengucapkan perkataan yang anda ingin terjemah, dan aplikasi tersebut akan terjemah secara automatik dengan pantas sebaik sahaja anda selesai. Fungsi ini mungkin sesuatu yang berguna bagi anda yang sering ke luar negara, dan menggunakannya dalam berbual ataupun bertanyakan sesuatu perkara.


Kemaskini ini akan hadir dalam versi Google Translate terbaru untuk peranti mudah-alih tidak lama lagi.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mengumumkan Sokongan Terjemahan Masa-Nyata Untuk Perbualan, Dan Terjemahan Teks Melalui Kamera"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info