Mozilla hari ini telah pun melancarkan pelayar web versi terbaru mereka, iaitu Firefox 35 kepada pengguna Windows, Linux dan juga OS X, sekaligus membawakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya. Antara yang menjadi fokus utama pada kemaskini kali ini adalah sokongan Firefox Hello, dan juga Firefox Marketplace Beta.
Firefox Hello merupakan salah satu fungsi membuat panggilan video terus melalui pelayar web menggunakan sokongan WebRTC, dimana pengguna boleh menjana sebuah pautan khas pada pelayar web Firefox dan berkongsi ia dengan rakan di Chrome, Opera atau Firefox untuk berbual melalui video.
Melalui Firefox 35, kini proses tersebut lebih dipermudahkan, dimana pengguna Firefox berkongsi pautan tersebut, dan meneruskan pelayaran web tanpa perlu menantikan ia dijawab seperti sebelumnya. Pengguna akan menerima notifikasi apabila rakan anda menyertai pautan tersebut untuk berbual dengan anda.
Pada Firefox 35 juga, pihak Mozilla kini membuka Firefox Marketplace dalam bentu beta, membolehkan para pengguna menerbitkan kandungan atau aplikasi, ataupun memuat-turunnya terus melalui Firefox Marketplace ini. Untuk mengaksesnya, pengguna boleh melakukan melalui menu Tools di Firefox.
Mozilla juga turut dilihat menekankan kepada fungsi Firefox Share pada pelayar web baru ini, membolehkan pengguna berkongsi sesuatu pautan dengan mudah terus ke Facebook, Twitter, Tumblr dan juga Google+.
Bagi anda yang menggunakan Firefox, anda akan menerima kemaskini Firefox 35 ini secara automatik, sementara bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya dan mencubaya di Windows, Linux dan OS X hari ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Firefox 35 Hadir Dengan Kemaskini Untuk Firefox Hello, Menyertakan Marketplace Beta"